Buat Adik Nabilah, Moga Lekas Pulih Dik....  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

Bersimpati diatas dugaan menimpa keluarga Encik Rizal (Carsem),
Anak perempuan bongsu beliau kini di bilik rawatan rapi,
cedera teruk dikepala akibat kemalangan bersama ibunya di ipoh jaya semalam..

Baru selasa lepas berjumpa, approach untuk membuat simpanan pendidikan takaful untuk anak...
Tetapi siapa sangka, malang itu tak berbau..
Rasa kesal dan sedih sebab aku gagal 'memaksa' dengan keras agar Encik Rizal mengambil Takaful untuk anaknya..
Terutama anak yang ketiga ini..

Anak kecil 2 tahun ini berada disamping aku semasa sesi 'presentation' kepada ayahnya...
Sesekali dia menyentuh presentation tools.. di usapnya sambil memerhati mataku (takut jika dimarahi)
Yang tak dapat aku lupakan disaat anak kecil ini, menolak surat beranaknya di atas meja kearahku untuk di photostat..
Seolah-olah memberi 'signal' pada ayahnya supaya mengambil juga simpanan takaful itu buatnya...

Tapi apakan daya, disaat akhir si ayah dan ibu memutuskan untuk menangguh hasrat membuka akaun takaful anaknya itu..
Aku akur....

Dan semalam, kemalangan itu berlaku...
Sedih... Kasihan melihat anak kecil itu menanggung derita dan kesakitan...
Dia terlalu kecil untuk hadapi semua itu...
Terlalu kecil......

'Ya Allah, Kuatkanlah Nabilah, Selamatkan lah dia... Pulihkanlah dia atas keizinanMu ya Allah...'

Amin... Ya Rabbal 'alamin....



Wallahu'alam...

Mother...... Ummi..... Ibu.......  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri


~ Mother ~

Sami Yusuf
Album My Ummah

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi

~Mother... mother... o my mother~
~How i long to see o mother~
~“your mother, your mother, your mother”~
~Is the saying of your prophet~
~In my heart, in my dreams~
~You are always with me mother~

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini...

~You went and left me~
~O light of my eyes~
~O comfort of my nights~
~You went and left me~
~Who, other than you, will embrace me?~
~Who, other than you, will cover me?~
~Who, other than you, will guard over me?~
~Your pardon mother, forgive me..~

Tak Mengapa Sayang.....  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

Sejak kecil kita sudah belajar erti kegagalan..
Sewaktu cubaan pertama untuk berdiri... Kita kemudian jatuh....
Hadir Si ibu memimpin tangan agar kita boleh bangun,
Disaat itu kita sudah boleh berdiri...  Sesuatu yang membanggakan...

Kita terus cuba untuk melangkah, dan ibu memerhati....
'takk teeh...' kata ibu, dengan perlahan kita cuba melangkah..
Tetapi langkahan pertama kita gagal, kita jatuh tersembam... kita menangis, dan terus menangis...
Dengan lembut ibu memeluk, sambil berkata....
'Tak mengapa sayang, kamu pasti boleh berjalan nanti, cuba lagi ya.."
Sambil mengesat airmata yang berlinangan...

Kini kita sudah boleh berjalan,
Mengharungi cabaran dan dugaan kehidupan dengan sendiri....
Adakala kita 'Down' kerna terlalu memikirkan kegagalan kita....
Adakalanya berlarutan, sehingga sekian lama kalinya... kita putus asa....
Dan impian kita menjadi mimpi yang indah dihening malam,
Bukannya menjadi kenyataan seperti yang diimpikan....
Kerana dek memikirkan kegagalan tadi... Impian kita terus kabur.....

Ibarat AIRMATA yang bergelinang sekitar mata,
Ia tidak menitis jatuh, selagi kita tidak menutupkan mata, atau mengesat airmata kita...
Jika kita biarkan airmata itu bergelinang, lama-kelamaan ia akan mengaburi mata kita...
dan pandangan kita terus kabur bukan..?.

Begitu juga dengan KEGAGALAN tadi...
Jika terlalu memikirkannya, tanpa cuba melupakan dan terus 'Down'....
Maka ia akan mengaburi Impian kita.....
Sanggupkah kita biarkan kegagalan itu merampas Impian kita??

Oleh itu, kesatilah 'Airmata' itu... bangun dan langkah kehadapan... itu adalah caranya bukan?
"........kamu pasti boleh berjalan nanti, cuba lagi ya.."
Jika kata-kata itu ibu ungkapkan pada kita waktu dahulu,
Sebenarnya dia memberi pesanan kepada kita sepanjang hayat...
Walaupun dia sudah tiada, peganglah kata-katanya hingga ke akhir hayat....

Dan bila anda hadapi kegagalan, ingati kata ibu....
Dan katakan pada diri anda,
'Tak mengapa sayang, kamu pasti boleh BERJAYA nanti, cuba lagi ya.."


(Inspirasi dari secebis ayat En Azam, ketika turun dari Office..)

 Terima Kasih Azam...
 

Wallahu'alam...

Dalam Diri Kita Perlu Ada Jerung..?!  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

Setiap dari kita tidak dapat lari dari sifat malas,
Ada masanya kita rajin, ada kalanya kita malas...
Malas nak kerja, malas nak siapkan tugasan, malas nak bergerak, malas, malas dan malas...
Pernah juga terdengar keluhan dari seorang teman,
'Bagaimana nak jauhi rasa malas ni??'
Nah, ini jawapannya, mungkin ia dapat membantu untuk permulaan...


Kita kena wujudkan 'Seekor Jerung' dalam diri kita...
Jerung??? hairankan?? Ok..cuba hayati kisah yang akan aku ceritakan ini,
Olahan dari buku 'Hidup Bukan Rahsia'.....


~ Kisah Nelayan Jepun dan Ikan Jerung ~

Seperti mana yang kita tahu, orang jepun amat gemar makan ikan segar..
Oleh itu nelayan-nelayan di jepun bekerja-keras untuk untuk menangkap ikan segar di perairan jepun.
Sehinggakan mereka menghadapi masalah kekurangan ikan di perairan, dan menyebabkan mereka
perlu pergi jauh dari biasa, dan memakan masa 2,3 hari untuk sampai ke daratan...


Masalahnya ikan-ikan dari hasil tangkapan tersebut tidak segar lagi...
Ini menyebabkan pelanggan-pelanggan restoran, merungut kerana ikan yang mereka makan tidak segar..
Sehubungan dengan itu, pihak syarikat perikanan menyediakan peti beku untuk nelayan..
untuk memastikan hasil tangkapan tidak busuk dan tahan lama..


Tetapi, pelanggan di restoran masih dapat membezakan rasa antara ikan segar dan ikan beku...
Masalah masih belum dapat diselesaikan,
Lalu pihak perikanan mendapat idea, dan menyediakan tangki ikan untuk nelayan..
Mereka fikirkan bahawa ini lah penyelesaiaanya,
Tetapi sangkaan mereka meleset,
Pelanggan-pelanggan di restoran juga masih dapat mengecam, rasa ikan yang segar dengan ikan yang lesu..


Masalah masih berbangkit, pihak pengusaha restoran sudah mengalami kemerosotan pelanggan..
Mereka masih mencari penyelesaian, bagaimana nak memastikan ikan-ikan tersebut benar-benar segar...?
Akhirnya mereka terfikir 1 penyelesaian, ikan yang segar adalah ikan yang 'Aktif' bergerak..
Dan cara yang terbaik adalah memastikan ikan-ikan tersebut sentiasa aktif.


Bagaimana? dengan cara meletakkan ikan JERUNG kecil di dalam tangki ikan..
Ya,ikan jerung itu akan memakan beberapa ekor ikan di dalam tangki,
tetapi kebanyakkan darinya tiba ke pantai dalam keadaan aktif..
Bayangkan dalam tangki tersebut, ikan-ikan bergerak aktif untuk mengelak dari dimakan jerung kecil..
bertarung untuk terus hidup, tapi akhirnya menjadi makanan juga..
Dan kali ini, tiada lagi rungutan dari mana-mana pihak mengenai masalah kesegaran ikan tersebut...


Sudah dapat mesej dari cerita ini?
Kita ibarat ikan-ikan kecil tadi, lesu... malas bergerak.. dan tidak segar...
Jika timbul soalan bagaimana nak memastikan kita sentiasa segar, proaktif, inovatif mahupun kreatif...
Jawapannya kita perlu wujudkan JERUNG dalam diri kita....
Letakkan diri kita dalam keadaan 'Tiada Pilihan', Keluar dari 'Zon Selesa'...
Pasti kita akan bergerak Aktif...


Carilah Jerung, Letakkan Dalam Diri Anda..!!




Wallahu'alam...

Sedih Melihat Dugaan Yang Dihadapi Mereka..  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

"Ada orang sibuk memilih kasut, kata itu tak kena, ini tak kena,
Tetapi sedarkah kita, ada orang yang langsung tidak punyai kaki".

Senja tadi, aku 'melawat' sebuah keluarga atas urusan kerja, dari luar rumah kelihatan begitu sempurna,
rumah yang cantik, halaman yang indah, cukup menggambarkan suasana keluarga yang bahagia...
Aku disambut oleh tuan rumah juga ayah kepada 5 orang anak, dengan senyuman aku membalas..
Dari jauh Si ayah menghampiri dengan keadaan yang capik, membuatkan andaian aku tadi tiba-tiba berubah.

Bagaimana Si ayah membina 'istana' kehidupan mereka dengan keadaan capik begini?
Aku pun melangkah masuk ke dalam rumah, di ruang tamu aku memerhati anak-anak bermain, terpandang
ke arah seorang anak yang punyai nasib yang sama seperti ayahnya...
Hatiku tersentuh, berat dugaan yang diterima oleh keluarga ini...
Tidak lama kemudian, datang Si ibu dengan membawa minuman...
Hatiku berkata lagi, mungkin telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Si ibu ini,
Hatimu amat mulia wahai Si ibu dan syurga pasti menantimu kelak..

Aku pun menjalankan 'tugasku', sebagai wakil takaful aku cuba menyelami setiap emosi dari keluarga tersebut, mereka mahukan 'perlindungan' dan begitu bersungguh-sungguh...
kerana apa yang dialami mereka, tidak terdaya lagi untuk dihadapi..
Dengan keadaan Si ayah dan anak yang 'istimewa', dengan kos perubatan mereka, ulang alik dari hospital...

Namun agak sukar untuk Si ayah memiliki perlindungan, walaupun permohonan mereka masih dalam proses,
hatiku seakan-akan menyatakan ia terlalu sukar.. kerana Si ayah juga menghidapi penyakit kritikal...
Sayu hatiku, mengenangkan nasib anak-anak sekiranya berlaku apa-apa kepada ayah mereka..
Pilu hati ini, bila melihat Si ibu nanti menggalas tugas yang berat sekiranya Tuhan ingin menguji mereka..

Apa yang aku dapat bantu hanyalah memberi 'harapan' kepada mereka,
Keadaan keluarga ini benar-benar meletakkan aku dalam keadaan 'kehidupan yang penuh rahsia'..

"Ada orang bersungguh-sungguh untuk beri 'alasan' untuk 'menolak'..
Tetapi ada orang yang bersungguh-sungguh meminta 'alasan' kenapa mereka 'ditolak?'..."

"Ya Allah, berilah pelindunganMu kepada keluarga ini, ringankan lah beban mereka dan hadiahkanlah
sesuatu keajaiban dariMu untuk mereka ya Allah... amin ya rabbal 'alamin...."


Wallahu'alam...

Secerah Pawana - The Zikr  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri


Secerah Pawana
Kumpulan: The Zikr
Album: Secerah Pawana


Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawana
Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keikhlasan berbicara
Di dada hati luas saujana



(Lagu ni membangkitkan kenangan di SKTR..)

Amanat Nabi Muhammad S.A.W Dalam Perniagaan  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

1. Rasulullah merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur
katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu,
tidak hairanlah apabila baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, baginda
memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan
kefasihan baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah:
Bermaksud: "Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas
lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama
baginda).
 
2. Baginda mengutamakan keredhaan Allah dan keberkatan mencari rezeki yang halal
supaya perniagaan sentiasa berada dalam garisan syariat dan terhindar daripada corak
perniagaan orang-orang kafir yang terdapat unsur penipuan, riba’, pengurangan dalam
timbangan dan lain-lain. Oleh itu, kejujuran, amanah, menjaga segala gerak geri dan tutur
kata amat penting bagi seorang ahli perniagaan kerana sifat-sifat mulia itu akan
menjadikan seseorang peniaga itu dipercayai. Rasulullah melarang jual beli barang yang
mengandungi unsur tipu daya.
 
3. Rasulullah bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan
perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan baginda tetapi juga untuk
mengukuhkan potensi baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur
modal mereka untuk digunakan oleh baginda bagi tujuan perniagaan. Muamaalah seperti
ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan
mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2:
Bermaksud: "Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan
taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan
dan permusuhan."
 
4. Semenjak usia baginda masih kecil lagi, baginda telah berusaha untuk menyara
kehidupan dan tidak bergantung kepada bapa saudaranya. Baginda sentiasa berusaha
mencari rezeki yang halal seperti menjalankan perniagaan. Perkara ini perlu dijadikan
pengajaran dan iktibar bagi anak-anak muda pada masa kini.
 
5. Walaupun Rasulullah tidak mempunyai modal sendiri untuk berniaga, baginda sentiasa
berusaha untuk menceburkan diri di dalam bidang ini dengan mengambil upah daripada
orang-orang yang mempunyai modal tetapi tidak dapat melaburkan modalnya sendiri,
mereka memerlukan orang lain untuk menjalankan perniagaanya.
 
6. Oleh kerana baginda Rasulullah telah bekerja sejak daripada muda lagi, baginda telah
dikenali ramai dengan sifat kejujurannya dan ketekunannya dalam bekerja. Keadaan ini
menyebabkan peluang baginda untuk menjalankan perniagaan orang-orang yang
memerlukan bantuan adalah cerah.
 
7. Perniagaan baginda Rasulullah ke atas harta Khadijah memperlihatkan kepada kita
tentang ebaik-baik harta adalah dari hasil sendiri yang dapat dimanfaatkan untuk
kebaikan diri sendiri dan masyarakat seluruhnya. Manakala seburuk-buruk kemewahan
ialah kemewahan yang diperolehi tanpa kesusahan dan tidak memberi sebarang manfaat
kepada masyarakat.
 
8. Selepas baginda Rasulullah berkahwin dengan Sayidatina Khadijah, baginda masih
tetap menjalankan perniagaan seperti biasa dan menjadi pengurus dan rakan perniagaan
isteri baginda sehinggalah baginda diangkat menjadi rasul.
 
9. Baginda Rasulullah bekerja sebagai saudagar hanya untuk memenuhi keperluan hidup
baginda dan bukan untuk menjadi jutawan kerana baginda tidak pernah menunjukkan
kecintaan terhadap kekayaan. Oleh itu baginda menceburkan diri dalam perniagaan
semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan memenuhi keperluan hidup seharian.
Melalui penglibatannya dalam perniagaan, kita dapati bahawa baginda Rasulullah
menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran dan keadilan. Sikap ini membuatkan
pelanggan-pelanggan tidak pernah bersungut dan merasa berpuas hati dengan baginda.
Tidak pernah terjadi pergaduhan di antara baginda dengan pelanggan. Segala masalah
akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Sikap jujur, adil, amanah dan
bertanggungjawab adalah merupakan prinsip asas dalam perniagaan. Prinsip ini
sepatutnya menjadi contoh teladan kepada para peniaga dalam menjalankan urusniaga
perniagaan.
 
10. Baginda Rasulullah sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika
menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda
yang bermaksud: "Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika
ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan."
 
11. Pertukaran barangan yang diadakan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dalam
urusniaga perdagangan merupakan pertukaran yang sah dan halal. Allah melarang
manusia daripada mengambil barang orang lain tanpa mendapat persetujuan dan keizinan
daripada mereka. Perkara ini penting untuk mengekalkan ketenteraman dan kesejahteraan
di dalam masyarakat serta untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara ahli
sesebuah masyarakat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Nisa’ ayat 29: Bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu
dengan jalan batil melainkan dengan cara jual beli suka sama suka (redha meredhai) di
antara kamu." ‘Jalan yang batil’ termasuklah semua jual beli yang mengikut jalan yang
salah yang bertentangan dengan hukum-hukum prinsip Islam dan yang sesat serta tidak
bermoral dan beretika. Semua perniagaan hendaklah dijalankan dengan persetujuan
bersama bukan dengan jalan paksaan dan penipuan. Sabda Rasulullah s. a. w. Bermaksud:
"Sesungguhnya jual beli itu hanya sah dengan cara redha meredhai (suka sama suka).
 
12. Riba’ dalam apa jua bentuk sekali pun adalah dilarang Allah, manakala semua jenis
jual beli yang tidak terkeluar daripada syariat Islam adalah halal. Firman Allah SWT.


Wallahu'alam..

Kisah Seorang Lelaki dan Sebuah Lubang..  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

Seorang lelaki pergi bekerja dihari pertama dengan melalui sebuah lorong
dan terdapat sebuah lubang yang dalam di tengah-tengah lorong tersebut.
Lelaki itu terjatuh kedalamnya, dia mengambil masa untuk keluar dari lubang tersebut.
Dan menyebabkan dia terlewat sampai di tempat kerja.
Dan apa yg terjadi itu bukanlah salahnya.

Hari Kedua:
Hari kedua kariernya sebagai pekerja baru,
Dia pergi ke tempat kerja dengan melalui lorong yang sama.
Dan sekali lagi dia terjatuh ke dalam lubang yang sama.
Dan seperti sebelumnya dia mengambil masa yang lama untuk keluar dari lubang itu.
Sekali lagi dia lewat sampai di tempat kerja.
Apa yang terjadi itu adalah salah dirinya sendiri.

Hari Ketiga:
Hari ketiga seperti biasa lelaki tersebut memalui juga lorong yang sama,
Dan sekali lagi dia terjatuh ke dalam lubang yang sama.
Ianya sudah menjadi satu kebiasaan.
Lelaki tersebut segera keluar dari lubang itu.
Dan dia lewat sedikit sampai di tempat kerja.
Sudah tentu apa yang terjadi itu adalah salah dirinya.

Hari Keempat:
Hari ke empat, lelaki tersebut dengan hati-hati berjalan melalui lorong yang sama.
Kali ini dia perasan ada lubang dihadapan, dan dia berjalan ditepi lubang tersebut dengan perlahan.
Hampir jatuh, tetapi kali ini dia lebih bersedia.
Hampir lewat dia sampai di tempat kerja.

Hari Kelima:
Pada hari kelima, lelaki tersebut baru sedar bahawa lorong tersebut tidak selamat.
Dan dia tidak mahu ambil risiko lagi.
Lalu dia berjalan melalui lorong yang lain.
Dan dia tiba awal di tempat kerja..

P/S:
Lelaki tersebut mengambil masa lima kali (hari) untuk sedar akan kesilapan yang berulang.
Setelah beberapa kali terjatuh di tempat yang sama, barulah sedar..
Bagaimana pula dengan kita?
Nak kah kita jadi seperti lelaki ini, sedangkan kita mampu mengubahnya takala pada hari pertama lagi.

Kita perlu buat keputusan, dan membuat perubahan sekiranya apa yang kita lakukan sekarang
tidak menghasilkan sesuatu yang kita harapkan..
Lakukan perubahan itu demi Allah...
Dan 'Ambillah Lorong Yang Lain..!!'

Wallahu'alam...

Hari Ini dan Esok  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

Hari ini adalah esok yang saya bimbangkan semalam
Dan hari ini adalah hari yang indah,
Saya hairan kenapa saya bimbang tentang hari ini semalam
Jadi, hari ini saya tidak akan bimbang tentang esok
Dan mungkin juga, esok tidak akan muncul tiba

Jadi, hari ini saya akan hidup seperti tiada esok
Dan saya akan lupakan tentang semalam
Hari ini adalah hari esok yang telah saya rancang semalam
Dan hampir semua rancangan saya untuk hari ini  tidak berjalan seperti yang
Saya harapkan semalam

Jadi hari ini saya akan lupakan esok dan merancang untuk hari ini
Tapi saya tidak akan bekerja terlalu kuat
Saya akan cuba menikmati keindahan kehidupan ini
Saya akan ucapkan kata-kata sayang kepada orang yang saya kasihi
Saya tidak akan merancang untuk esok lagi dan akan menjadikan hari ini hari
terbaik dalam hidup saya

Hari ini adalah hari esok yang saya risaukan semalam
Dan hari ini, tidak ada apa yang perlu ditakutkan
Jadi hari ini, saya buangkan segala ketakutan tentang perkara yang tidak
saya ketahui

Saya akan anggap perkara-perkara ini sebagai pengalaman hidup yang penuh
dengan peluang

Hari ini, tidak seperti hari semalam, saya tidak takut menghadapi hari esok.
Hari ini adalah hari esok yang saya mimpikan semalam
Dan sebahagian daripada mimpi yang muncul semalam menjadi kenyataan hari ini

Jadi,hari ini saya akan bermimpi tentang esok
Dan mungkin lebih banyak mimpi yang muncul hari ini akan menjadi kenyataan esok
Hari ini adalah hari esok dan saya tetapkan matlamat untuk semalam
Dan saya berjaya mencapai sebahagian daripada matlamat itu hari ini

Jadi, hari ini saya akan menetapkan matlamat yang lebih tinggi untuk hari ini
dan untuk hari esok
Dan jika esok sama seperti hari ini
Saya pasti akan mencapai semua matlamat saya satu hati nanti..!!

Kisah Pesanan Ayah Buat Anaknya..  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

Seorang ayah yang menunggu saat ajalnya,
didampingi isteri tercinta, lalu berbisik si ayah meninggal pesan buat kedua-dua anak lelakinya.
Dia berpesan agar "Jangan sesekali menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadamu"
"Jika pergi berniaga di kedai, jangan biarkan mukamu terkena sinaran matahari"
Si Ayah mewariskan dan membahagikan perniagaan keluarga kepada kedua anaknya,

Lalu, Si Ayah pun pergi meninggalkan keluarga tercinta serta pesanan yang bernilai...
Tiap pesanan Si ayah disampaikan oleh Si Ibu kepada kedua orang anak lelakinya..
Buat bekalan untuk meneruskan kehidupan yang penuh mencabar..

Setelah bertahun masa berlalu,
Si ibu ingin melihat kejayaan kedua-dua anaknya,
Anak yang bongsu berjaya menguruskan perniagaan dengan baik dan menjadi jutawan,
tetapi anak yang sulung tidak berjaya dan kini hidup sederhana dengan 'makan gaji'...

Maka Si Ibu pun bertanyakan pencapaian hidup kedua anaknya itu,

Anak yang sulung memberitahu,
Dia jadi begini kerana mengikuti pesan ayah.
"Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku, 
akibatnya modalku susut kerana orang yang berhutang kepadaku tidak
membayar sementara aku tidak boleh menagih''

"Ayah juga berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari
rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari.
Akibatnya saya harus naik teksi, padahal sebetulnya saya boleh
berjalan kaki saja, tetapi karena pesan ayah itu, akibatnya
penggunaan wangku bertambah banyak"
Sebab itu perniagaan anak yang sulung gagal...


Tetapi berbeza pula dengan anak yang bongsu,
Dia berjaya kerana mentaati pesan ayah,
“Kerana Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya,
maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut”.

"Ayah juga berpesan agar supaya jika saya berangkat ke kedai atau pulang dari kedai tidak
boleh terkena sinar matahari,
maka saya pergi ke kedai sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam"
"Oleh kerana kedai saya buka dibuka lebih awal dan ditutup lebih lewat berbanding kedai yang lain.
Menyebabkan kedaiku menjadi laris kerana beroperasi lebih lama."
Dan sebab itu Si Anak yang bongsu mengecapi kejayaan..

p/s:
Lihat bagaimana anak bongsu memandang pesanan ayahnya berbanding abangnya...
Kita harus memandang sesuatu itu dari sudut yang positif, dan itu yang dilakukan oleh Anak yang bongsu...
Oleh itu, Befikirlah secara positif...
mudah-mudahan dikalangan kita adalah antara mereka yang terhebat... InsyaAllah..

Wallahu'alam...