Harta dan Kekayaan  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

Harta dan kekayaan yang ada pada kita itu
hanya amanah Allah kepada kita.
Bila kita betul-betul menggunakannya,
maka harta itu akan ditambahnya lagi oleh Allah...

Dan bila harta itu tidak digunakan dengan betul,
Allah akan menariknya kembali dan berinya lagi jika kita insaf.
Ujian ini berjalan dari masa ke masa,
sehingga terhenti takala hembusan nafas yang terakhir... ~Matlub~

Antara Besi dan Jam Rolex  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri



Ini cerita besi..
Besarnya hanya sejengkal,
dan boleh dibuat paku yang nilainya 50sen,
Atau boleh dibuat Jam Rolex yang bernilai RM 10,000

Asasnya sama iaitu besi..
Begitu juga dengan diri kita,
Kita sama seperti mereka yang lain,
Yang bezanya hanyalah nilai,

Sama ada nak jadi paku yang mudah dibentuk
Atau jadi seperti Jam Rolex yang perit untuk dibentuk
serta perlu kegigihan dan ketelitian untuk membuatnya,
Tetapi nilainya cukup-cukup tinggi...

Tahap nilai kita bergantung pada diri kita sendiri
Adakah hanya berpuas hati  menjadi 'paku'..?
Atau hanya perlu berusaha lebih sedikit untuk menjadi seperti 'Jam Rolex'?

Fikir-fikirkan...