Antara Besi dan Jam Rolex  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri



Ini cerita besi..
Besarnya hanya sejengkal,
dan boleh dibuat paku yang nilainya 50sen,
Atau boleh dibuat Jam Rolex yang bernilai RM 10,000

Asasnya sama iaitu besi..
Begitu juga dengan diri kita,
Kita sama seperti mereka yang lain,
Yang bezanya hanyalah nilai,

Sama ada nak jadi paku yang mudah dibentuk
Atau jadi seperti Jam Rolex yang perit untuk dibentuk
serta perlu kegigihan dan ketelitian untuk membuatnya,
Tetapi nilainya cukup-cukup tinggi...

Tahap nilai kita bergantung pada diri kita sendiri
Adakah hanya berpuas hati  menjadi 'paku'..?
Atau hanya perlu berusaha lebih sedikit untuk menjadi seperti 'Jam Rolex'?

Fikir-fikirkan...