Tak Mengapa Sayang.....  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

Sejak kecil kita sudah belajar erti kegagalan..
Sewaktu cubaan pertama untuk berdiri... Kita kemudian jatuh....
Hadir Si ibu memimpin tangan agar kita boleh bangun,
Disaat itu kita sudah boleh berdiri...  Sesuatu yang membanggakan...

Kita terus cuba untuk melangkah, dan ibu memerhati....
'takk teeh...' kata ibu, dengan perlahan kita cuba melangkah..
Tetapi langkahan pertama kita gagal, kita jatuh tersembam... kita menangis, dan terus menangis...
Dengan lembut ibu memeluk, sambil berkata....
'Tak mengapa sayang, kamu pasti boleh berjalan nanti, cuba lagi ya.."
Sambil mengesat airmata yang berlinangan...

Kini kita sudah boleh berjalan,
Mengharungi cabaran dan dugaan kehidupan dengan sendiri....
Adakala kita 'Down' kerna terlalu memikirkan kegagalan kita....
Adakalanya berlarutan, sehingga sekian lama kalinya... kita putus asa....
Dan impian kita menjadi mimpi yang indah dihening malam,
Bukannya menjadi kenyataan seperti yang diimpikan....
Kerana dek memikirkan kegagalan tadi... Impian kita terus kabur.....

Ibarat AIRMATA yang bergelinang sekitar mata,
Ia tidak menitis jatuh, selagi kita tidak menutupkan mata, atau mengesat airmata kita...
Jika kita biarkan airmata itu bergelinang, lama-kelamaan ia akan mengaburi mata kita...
dan pandangan kita terus kabur bukan..?.

Begitu juga dengan KEGAGALAN tadi...
Jika terlalu memikirkannya, tanpa cuba melupakan dan terus 'Down'....
Maka ia akan mengaburi Impian kita.....
Sanggupkah kita biarkan kegagalan itu merampas Impian kita??

Oleh itu, kesatilah 'Airmata' itu... bangun dan langkah kehadapan... itu adalah caranya bukan?
"........kamu pasti boleh berjalan nanti, cuba lagi ya.."
Jika kata-kata itu ibu ungkapkan pada kita waktu dahulu,
Sebenarnya dia memberi pesanan kepada kita sepanjang hayat...
Walaupun dia sudah tiada, peganglah kata-katanya hingga ke akhir hayat....

Dan bila anda hadapi kegagalan, ingati kata ibu....
Dan katakan pada diri anda,
'Tak mengapa sayang, kamu pasti boleh BERJAYA nanti, cuba lagi ya.."


(Inspirasi dari secebis ayat En Azam, ketika turun dari Office..)

 Terima Kasih Azam...
 

Wallahu'alam...

This entry was posted on Friday, October 23, 2009 at 9:39 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

Songkok Putih  

Ya Sayang, Kita Pasti Berjaya Nanti!
Slamat maju jaya shiekh..!

October 25, 2009 at 5:07 PM

Post a Comment