Bicara Hati Buatmu...  

Posted by Mohd Elyas Mohd Bakri

Hampir 3 tahun aku mengenali dirinya,
Aku sedar, tanpa beliau aku takkan berubah...
Beliau lah teman, sahabat, abang juga mentor..

Maseh segar diingatan, diwaktu kali pertama beliau menegurku ditempat kerja,
Selalunya beliau begitu sibuk kehulu-kehilir, mundar mandir... laju langkahnya....
Mata yg agak merah, sambil memicit-micit hidung dan mengusap misainya....
''Siapa la dia ni, sibuk betul gayanya..?'' aku berbisik...

Tanpa aku sedari, sebenarnya beliau sudah lama memerhati aku,
Tunggu masa yang sesuai saja untuk kenal lebih dekat..
Aku masih ingat, ayat beliau ketika mahu menegurku...
"Macam mana kerja sini,ok?" "Wah,dah macam programer aku tengok.." antara ayat-ayat manis beliau..

Dari sembang kosong, terus ke pekara yang lebih serius.....
Niat beliau yang baik, menasihati aku untuk 'menyimpan' buat jaminan masa hadapan...
Membuatkan aku berpandangan jauh, memikirkan keperluan... juga keluarga yang tercinta....

Aku terima tawaran beliau, untuk menyimpan... disamping peroleh perlindungan..
Dan kami menjadi kawan, beliau sering memberi kata-kata dan nasihat berguna buat kami (rakan sekerja)
Walaupun pahit untuk ditelan, sememangnya betul apa yang beliau katakan...

Boleh dikatakan, apa juga perkataan yang keluar dari mulutnya semua mempunyai mesej yang positif,
Hingga ke soal cinta & memilih pasangan... juga kisah silam beliau yang penuh mesej yang tersirat....
Soal politik, isu semasa... beliau menjadi rujukan buat aku ketika 'break time'....
Boleh aku katakan, hari-hari dengan beliau ada saja pekara yang baru aku pelajari...

Namun, hari berganti hari.. masa berlalu dengan pantas...
Beliau telah membuat keputusan untuk keluar mengejar 'impian'...
Tersentuh dihati ini, bila mengenangkan 'break time' tanpa beliau...
Disaat hari-hari terakhir beliau ditempat kerja...

Sempat kami berbicara, waktu itu disurau...
Beliau bertanyakan apa matlamat aku dikilang tempat kami bekerja...
"Kau nak kerja sampai tahap mana? Supervisor macam manivell tu ke?" tanya beliau...
Aku diam, sambil tersenyum.. dan beliau mengulangi kembali soalan yang sama..

Agak tertekan dengan soalan, lalu aku menjawab tanpa berfikir....
"Kalo boleh aku nak jadi manager la.." jawab aku...
Beliau senyum dengan sinis sekali... aku agak terasa bila beliau buat begitu...
Lalu setelah beliau selesai ambil wuduk...
Keluar dari mulutnya kata-kata yang 'membunuh'...

"Kau ada dua pilihan elyas, kalo kau nak jadi manager yang kau idamkan sangat tu,
sekurang-kurangnya kau kena ada degree"
"Tapi kalau kau nak jadi 'somebody' kau tak perlukan degree, kau hanya perlu buat KEPUTUSAN.."
"Jika tidak, kau akan hanyut, dan akan begini sampai bila-bila"...

Aku rasa parah waktu tu, seolah-olah seketul batu yang besar menghempap atas kepalaku...

Membuatkan aku terus berfikir apa yang beliau katakan,
Namun ia ambil masa berbulan-bulan untuk aku memahami apa yang dimaksudkan....
Sehinggalah, aku mendapat 'hidayah'.. secara kebetulan, kami berjumpa semula selepas lama tak berjumpa,
Kami berjumpa atas urusan yang penting,
Dalam masa yang sama beliau mengulangi apa yang beliau katakan dahulu padaku...

Dan waktu itu aku terima dan membuat keputusan demi mencapai impianku..
Hari demi hari, masa terus berlalu....
Tiba masanya saat paling getir buatku, iaitu membuat keputusan yang besar dalam hidup..
Dan orang yang paling penting yang mempengaruhi keputusanku adalah beliau...
Kata-kata yang penuh nilai dorongan, juga semangat.. beliau lemparkan...
Dan akhirnya aku berjaya membuat 'keputusan' dengan penuh keyakinan dengan izin Tuhan,
juga berkat dari dorongan oleh seorang Sahabat, Abang juga Mentorku...

Kini aku lebih positif, bergaul dengan orang-orang yang positif,
mendengar bicara dari Seorang Sahabat dan Mentor yang positif...
Tak jemu untuk aku mendengar kata-katanya,
malah tidak sabar untuk mendegar sesuatu yang baru darinya...

Beliau amat aku kagumi, dan tanpa beliau, aku takkan kenal erti 'kehidupan sebenar'..
Seorang yang tegas, memahami, juga mempunyai '6th sense' ...
Yang membawaku ke suatu 'daerah yang baru' dan menjadikan aku lebih baik dari dahulu.....
Yang memainkan peranan, sebagai Kawan, Sahabat, & Pemimpin
Beliaulah Mentor yang aku kagumi,  Nur Azam Zamberi

Azam, Terima Kasih Atas Segalanya...

Wallahu'alam...

This entry was posted on Saturday, September 26, 2009 at 3:20 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment