"Ada orang sibuk memilih kasut, kata itu tak kena, ini tak kena,
Tetapi sedarkah kita, ada orang yang langsung tidak punyai kaki".
Senja tadi, aku 'melawat' sebuah keluarga atas urusan kerja, dari luar rumah kelihatan begitu sempurna,
rumah yang cantik, halaman yang indah, cukup menggambarkan suasana keluarga yang bahagia...
Aku disambut oleh tuan rumah juga ayah kepada 5 orang anak, dengan senyuman aku membalas..
Dari jauh Si ayah menghampiri dengan keadaan yang capik, membuatkan andaian aku tadi tiba-tiba berubah.
Bagaimana Si ayah membina 'istana' kehidupan mereka dengan keadaan capik begini?
Aku pun melangkah masuk ke dalam rumah, di ruang tamu aku memerhati anak-anak bermain, terpandang
ke arah seorang anak yang punyai nasib yang sama seperti ayahnya...
Hatiku tersentuh, berat dugaan yang diterima oleh keluarga ini...
Tidak lama kemudian, datang Si ibu dengan membawa minuman...
Hatiku berkata lagi, mungkin telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Si ibu ini,
Hatimu amat mulia wahai Si ibu dan syurga pasti menantimu kelak..
Aku pun menjalankan 'tugasku', sebagai wakil takaful aku cuba menyelami setiap emosi dari keluarga tersebut, mereka mahukan 'perlindungan' dan begitu bersungguh-sungguh...
kerana apa yang dialami mereka, tidak terdaya lagi untuk dihadapi..
Dengan keadaan Si ayah dan anak yang 'istimewa', dengan kos perubatan mereka, ulang alik dari hospital...
Namun agak sukar untuk Si ayah memiliki perlindungan, walaupun permohonan mereka masih dalam proses,
hatiku seakan-akan menyatakan ia terlalu sukar.. kerana Si ayah juga menghidapi penyakit kritikal...
Sayu hatiku, mengenangkan nasib anak-anak sekiranya berlaku apa-apa kepada ayah mereka..
Pilu hati ini, bila melihat Si ibu nanti menggalas tugas yang berat sekiranya Tuhan ingin menguji mereka..
Apa yang aku dapat bantu hanyalah memberi 'harapan' kepada mereka,
Keadaan keluarga ini benar-benar meletakkan aku dalam keadaan 'kehidupan yang penuh rahsia'..
"Ada orang bersungguh-sungguh untuk beri 'alasan' untuk 'menolak'..
Tetapi ada orang yang bersungguh-sungguh meminta 'alasan' kenapa mereka 'ditolak?'..."
"Ya Allah, berilah pelindunganMu kepada keluarga ini, ringankan lah beban mereka dan hadiahkanlah
sesuatu keajaiban dariMu untuk mereka ya Allah... amin ya rabbal 'alamin...."
Wallahu'alam...
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
7 years ago