Aku dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang sederhana...
Perjalanan zaman kecilku melalui dua suasana yang berbeza,
Di kawasan setinggan, kemudian dikawasan perumahan taman...
Membesar dikalangan teman-teman yang hebat,
Namun takkan ku biarkan mereka terus hebat dariku,
Dan itu lah 'matlamat' pertamaku,
Menjadi yang terhebat dikalangan mereka yang terhebat...
Pelayaran di zaman persekolahan rendah adalah yang paling terpahat dihatiku,
Punyai minat yang mendalam terhadap nyanyian Nasyid,
Dan tugas 'solo' aku pikul demi minat dan kepercayaan terhadap bakat yang Allah kurniakan..
Namun pelbagai peristiwa berlaku pada waktu itu, dek kerana cemburu dan dengki...
Perasaaan iri hati dan ketidak puas hati mereka, buatkan aku 'belajar' sesuatu...
Fitnah mereka aku hadapi, dan aku tepis dengan berani..
Kini aku tidak pasti adakah ada dikalangan teman yang mempercayai,
Atau mereka juga turut tuli dengan fitnah yang aku hadapi...
Aku tinggalkan kenangan itu, dan terus melangkah maju di peringkat menengah remaja,
Di alam remaja yang sebenarnya lebih penuh berliku...
Mereka yang 'menikamku dari belakang' dahulu,
Kini hanyut dek ujian remaja yang Tuhan aturkan buat mereka...
Balasan atau pengajaran kah itu?
Dan diusia remaja itu, aku mengenal erti itu cinta yang buta...
Menyusuli hingga ke akhir persekolahan, menjangkaui masa,
Dan melangkah ke alam 'Pengajian Tinggi'....namun..
Cinta itu tetap ku lihat buta....
Tetapi masih ada sinar disebalik selaput yang meliputi mata yang buta...
Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pembelajaranku,
Dan aku tempuhi satu lagi 'Chapter Kehidupan' aturan Tuhan,
Iaitu Alam Pekerjaan, 3 tahun bergelumang didalam kilang..
Bagaikan penjara, keluar rumah dalam keadaan langit yang gelap,
Pulang rumah juga langit yang gelap...
Namun pelbagai dugaan disana aku tempuhi dengan sabar,
Aku belajar untuk jadi manusia yang menerima tekanan,
Dalam masa yang sama aku mengumpul 'bekalan' untuk kecapi mewah yang diimpikan,
Aku merasakan pada waktu itu aku berada didalam 'Zon Selesa'...
Aku punyai segalanya..
Tanpa kusedari, aku makin jauh pada Dia yang Maha Esa...
Sehinggalah aku menemui sesuatu yang bisa menggapai Matlamatku yang dulu..
Akan tetapi aku perlu terlebih dahulu keluar dari 'Zon Selesa' yang kini aku kecapi...
Buntu... adakah itu jalan yang terbaik?
Sedar atau tidak, pada waktu itu aku berada pada 'Chapter Kehidupan' yang seterusnya...
Iaitu 'Membuat Keputusan' berhenti kerja pada waktu itu,
Dalam keadaan orang lain sibuk diberhentikan,
Aku pula sibuk untuk membuat keputusan yang besar dalam hidup..
Dari sudut pandangan lain,
Sungguh cantik aturan setiap chapter yang Allah create dalam perjalanan kehidupanku...
Dan aku tempuhi dan pelajari sesuatu yang baru..... Iaitu 'Buat Keputusan' & 'Berani Untuk Gagal'...
Kini aku sedang menempuhi cabaran dan laluan yang aku pilih,
Maka bermulalah 'Chapter' seterusnya....
Disini aku lebih Positif berbanding dahulu...
Banyak aku pelajari, adakalanya aku berkongsi dengan mereka yang memerlukan...
Alhamdulillah.. Aku dilandasan yang betul....
Aku berpegang dengan kata-kata yang selalu aku luahkan....
"Sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu pekara itu dengan sia-sia"
Dan aku percaya, dan disini aku bermula........
Dari hatiku dan terus aku bicara....
Wallahu'alam...
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
7 years ago